Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Pulau Pinang Berhad

LAPORAN KEWANGAN

LAPORAN BENDAHARI
PENGANALISAAN KEWANGAN KOPERASI TAHUN 2011

Prestasi Tahun 2011

Prestasi kewangan bagi tahun 2011 menunjukkan pencapaian yang memberansangkan terhadap keuntungan pendapatan pembiayaan dan pelaburan tetap yang menawarkan pulangan yang baik dan memberi potensi kepada koperasi bagi menjalankan aktiviti perlaburan. Ekoran dari perkembangan ini, koperasi telah berjaya mencebur dalam bidang perumahan di Kampung Buah Pala, Gelugor Pulau Pinang di mana potensi pertumbuhan dalam bidang perumahan banyak membantu peningkatan keuntungan. Oleh itu, pelan strategik koperasi untuk memfokuskan terhadap aktiviti pinjaman dan pelaburan telah membolehkan anggota menikmati jaminan pembayaran dividen setiap tahun dan kemudahan-kemudahan di bawah Kumpulan Wang Kebajikan seperti dermasiswa, rawatan hospital, saguhati persaraan, khairat kematian dan lain-lain lagi.

Bagi tahun 2011 koperasi mencadangkan pembayaran dividen sebanyak 8.5%. Bagi memantapkan lagi kedudukan kewangan koperasi strategik utama adalah melalui antiviti pembiayaan , pelaburan dan perumahan yang menjamin kestabilan pasaran pada ketika ini dari faktor luaran.

Konsep perbelanjaan berhemah adalah satu matlamat yang diamalkan oleh koperasi bagi membendung perbelanjaan agar tidak berlaku keterlebihan belanja dari anggaran kewangan 2011. Perbelanjaan bagi tahun 2011 RM 956,836.10

Perbandingan Pembahagian Keuntungan Tahun 2010 dan 2011

Seiring dengan pertumbuhan ekonomi,prospek pertumbuhan kewangan dalam koperasi masih memberangsangkan walaupun terpaksa bersaing dengan agensi-agensi kredit seperti bank dan syarikat kredit.Justeru itu,koperasi mengambil langkah bagi menambah lagi pendapatan daripada hasil-hasil projek perumahan, penyewaan Rumah Kedai, Rumah Peranginan dan Pembangunan Tanah Gelugor serta peningkatan dalam perniagaan menerusi anak Syarikat Angkop Sdn. Bhd yang telah diaktifkan dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan memberi potensi yang baik dalam penambahan pendapatan koperasi.Pendapatan bagi tahun 2011 RM 2,908,151.65

Punca pendapatan utama Koperasi bagi tahun 2011 masih lagi disokong kuat oleh aktiviti pembiayaan kepada anggota. Pendapatan tradisi ini masih lagi relevan dan menjadi teras pendapatan utama koperasi. Anggota Lembaga Koperasi akan terus mengekalkan pendapatan pembiayaan kepada anggota sebagai sumber utama kerana pendapatan pembiayaan ini membawa Koperasi ketahap yang selesa.Tindakan jangka panjang sumber menambah pendapatan ini perlu diteruskan memandangkan senario ekonomi Negara yang tidak menentu. Pendapatan ini akan meningkat pada tahun akan datang dan bergantung pada pinjaman yang dikeluarkan berasaskan kepada punca pertambahan yuran dan dana Kumpulan Wang Anggota.