Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Pulau Pinang Berhad

SEJARAH PENUBUHAN KPK

  • Diasaskan pada tahun 1925 oleh sebilangan Kakitangan Kerajaan yang berkerja di Pulau Pinang. Dengan tujuan dapat membantu dan menampung perbelanjaan mereka yang pada ketika itu pendapatan tidak sebanyak mana.
  • Didaftarkan pada 16hb Mac, 1925 dengan nama yang pertama iaitu " Syarikat Kerjasama Jimat Cermat Pinjam Meminjam ". ( SKJCPM ) Lokasi pejabat hanyalah menyewa di Bangunan Syarikat Akauntan, Lebuh Pantai.
  • Pada tahun 1980 an, SKJCPM telah membeli bangunan sendiri di Lebuh Bishop dan pejabat pengurusan telah berpindah ke bangunan tersebut, nama yang baru telah ditukar menjadi " The Penang Goverment Trift & Loan Society Limited" ( TPGSTLSL )
  • Pada tahun 1993, TPGSTLSL telah membeli tanah dan membina bangunan sendiri di Green Hall. Pejabat pengurusan telah berpindah ke sana dengan perasmian daripada Tun Ghafar Baba, Timbalan Perdana Mentri ketika itu.
  • Nama telah ditukar kepada " The Penang Goverment Servent Cooperative Society Limited ". Sementara itu pejabat di Lebuh Bishop telah diubahsuai untuk dijadikan Pejabat Tetap. Pada tahun 1995 pejabat di Lebuh Bishop dirasmikan oleh Y.B. Datuk Dr. Ibrahim Bin Saad SMSM. Nama diubah pula kepada "Syarikat Kerjasama Kakitangan Kerajaan Pulau Pinang Berhad".
  • Nama "Koperatif Pegawai Kerajaan Negeri Pulau Pinang Berhad" telah digunakan. Dan ketua Pendaftar Koperasi meluluskan Pindaan nama sehingga Sekarang iaitu " Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Pulau Pinang Berhad ".
  • Anak Syarikat Syarikat Koperasi : ANKOP Sdn. Bhd. ditubuhkan untuk mempelbagaikan bidang perniagaan termasuk bidang Bekalan & Perkhidmatan.
  • Pada tahun 2005, KPK telah berjaya menceburi Bidang Hartanah dengan melancarkan Projek Pertama di Kawasan Bukit Gerlugor dengan kerjasama daripada Pemaju iaitu " Nusmetro Venture( P ) Sdn. Bhd. ".